Cameron Highland Makin Tak Selamat

Cameron Highlands: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menangani masalah pencerobohan tanah dan runtuhan yang semakin serius di daerah ini.

Menterinya, Datuk Seri G Palanivel, berkata perbincangan yang akan diadakan bulan depan itu turut membabitkan beberapa jabatan dan agensi berkaitan serta Kerajaan Pahang.
“Antara cadangan dalam perbincangan itu termasuk penyediaan kawasan penempatan semula kediaman dan kawasan aktiviti perindustrian yang berada di kawasan berisiko tinggi ke kawasan lebih selamat.


Beri penempatan baru

“Cameron Highlands sudah menjadi tempat tidak boleh dikawal kerana sering berlaku tanah runtuh dan banjir. Jadi, kita perlu memberi mereka (penduduk dan pengusaha bengkel atau kedai) penempatan baru.

“Jika mereka terus tinggal di tepi bukit, mungkin kejadian runtuhan tanah akan terus berulang,” katanya selepas melawat lokasi tanah runtuh mengakibatkan dua mangsa cedera di Jalan Sultan Abu Bakar, pekan Brinchang pada Ahad lalu, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau turut melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembah Bertam, Ringlet, di sini, yang terjejas teruk akibat banjir lumpur berpunca limpahan air dari Empangan Sultan Abu Bakar, 23 Oktober lalu dan menyampaikan sumbangan cek bernilai RM100,000 kepada sekolah berkenaan.
Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, pembukaan kawasan baru itu diharap dapat mengawal pembinaan rumah dan premis perniagaan secara haram terutama di kawasan lereng bukit serta cerun berbahaya.

“Kita perlu cari tempat baru di kawasan ini. Perkara ini akan dibincangkan secara menyeluruh membabitkan Pejabat Tanah dan Daerah, pihak berkuasa tempatan dan Menteri Besar (Datuk Seri Adnan Yaakob).

“Penduduk di tebing sungai dan tepi bukit perlu dipindahkan bagi mengelak kejadian buruk berulang. Pada masa sama, kita akan membina lebih banyak tembok atau asas kukuh bagi mengelak lebih banyak runtuhan berlaku,” katanya yang mengakui populasi di Cameron Highlands hanya 50,000 penduduk.

Beliau juga mengakui kesukaran mengawal pembangunan serta pencerobohan di kawasan peranginan itu dan mendakwa kebanyakan premis perniagaan dan kediaman di kawasan berisiko, dibina secara haram.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi