Apakah Makhluk Yang Diwujudkan Allah Sebelum Jin Dan Manusia?

Apabila Puteri membaca kisah di bawah ini, Puteri sangat seakan-akan tidak percaya. Kerana belum pernah lagi membaca atau mengetahui tentang kewujudan Makhluk Allah ini. Mari kita sama-sama membaca dialog dari seorang Ustaz dengan Makhluk Allah Yang Wujud Sebelum Wujudnya Jin Dan Manusia ini.
Makhluk ini dipercayai hidup terlebih dahulu dari jin dan manusia. Dikhabarkan mereka ini wujud sekitar 4 juta tahun dahulu. Wallahua’lam. Persoalannya, siapakah mereka yang sebenarnya?
Ikuti dialog diantara Ustaz dengan Al-Hin ini:
Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di Pusat Rawatan. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.
Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.
Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin ‘masih belum ada rasi ubat’ . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..
Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..
Maka, saya ambil pendekatan segera dengan ‘teknik scan’ dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii…hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..
Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin ‘badan’ tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak…
Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di Pusat Rawatan. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..
Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba…
Pesakit: “Ermm..wanginya… lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?”
Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.
Saya: “Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?”
Pesakit: “Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? “
Saya: “Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..”
Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..
Pesakit: “Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.”.
Saya: “Ish…tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?”
Pesakit: “Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam..”
Saya: “Hah…sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?”
Pesakit: “Agama Monoteisme”
Saya: “Agama apa tu..?”
Pesakit: “Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah…Tak sekolah ker?”
*Terkena jugak aku.
Saya: “Kamu jangan main-main pasal agama ni…!..Kang….”
*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer…
Pesakit: “Aku tak tipu lah…Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari”
*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..
Saya: “Poppy..? Makhluk apa tu..?”
Pesakit: “Wahai hamba Allah…banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..”
Saya: “Ceritakan…aku nak tahu..”
Pesakit: “Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi… Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..”
Kemudian dia menangis teresak-esak..
Pesakit: “Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami..”..
Terduduk saya mendengar cerita si Mizari… Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..
Saya: ” Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?”
Seraya itu dia mengangguk..
Pesakit: “Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa….”
Saya: ” Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?”
Dia terdiam sejenak..
Pesakit: “Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu…”
Saya: “Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa
Makhluk Allah Yang Hidup Terlebih Dahulu Dari Jin Dan Manusia 2 Makhluk Allah Yang Wujud Sebelum Wujudnya Jin Dan Manusia
Komen dari UAI
Sekian..
“Fakul innamal ghaibulillah”
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)
Wallahualam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan Yang Merompak

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?