Tak Pernah Berlaku Ribut Dan Banjir Sehebat Ini Di Arafah
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dapat perkhabaran dari Mekah ribut kuat dan hujan lebat melanda Padang Arafah sehingga berlaku banjir. Pesiapan untuk menerima jutaan jemaah haji 2013 juga terganggu apabila banyak kemah diterbangkan angin dan tenggelam akibat banjir kilat.
Mengikut sejarah moden belum pernah lagi berlaku banjir sehebat ini di Padang Arafah. Pada 2010 berlaku hujan lebat di Mina ketika jemaah sedang melontar dan pada 2006 berlaku banjir juga di Mina.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Khabarnya ribut kuat dan hujan lebat yang melanda Arafah berlaku selepas solat Asar kira-kira jam 4 pm. Ketika itu hanya gerimis sahaja di Masjidil Haram jadi ramai jemaah yang tidak sedar kejadian sehingga mendapat berita dari keluarga di Malaysia.
Walaupun jemaah haji 2013 telah berkurangan 20% pasti kejadian ribut di Arafah akan memberi cabaran hebat untuk menyediakan kembali kemudahan yang telah rosak. Jemaah yang akan mula masuk ke Arafah pada petang 8 Zulhijjah pasti mengharapkan kemudahan yang baik dan selesa.
Gambar banjir di Padang Arafah (sumber : Instagram)
Setiap kejadian pasti ada sebab musabah dan petanda kepada sesuatu yang hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semuga banjir yang berlaku di Arafah menjadi petanda baik dan menjadi asbab meningkatnya iman semua jemaah haji 2013 dan semua umat Islam di dunia. Untuk mendapat haji mabrur bukan mudah perlukan mujahadah dan kesabaran yang tinggi untuk melalui berbagai ujian yang tersurat dan tersirat.
Comments
Post a Comment