SUBHANALLAH! - Saintis Memeluk Islam Selepas Menemui Kebenaran Al-Quran Mengenai Bahaya Kuman Pada Babi
Pasti kita tau dimana Babi adalah
Haram dimana KERANA ALLAH swt jualah yang berkuasa untuk menjadikan babi dan
juga menjadikan hukumnya menjadi haram dan kemudian menjadikan babi itu
mengandungi kuman-kuman yang tidak dapat dimatikan. Disini terdapat satu kisah
dimana seorang saintis yang memeluk agama islam setelah menemui kebenaran bahaya
kuman pada babi yang sebenarnya telah tertulis di Al-Quran.
Seorang saintis wanita kafir membuat kajian
tentang sejenis kuman yang terdapat pada badan babi. Beliau mencari formula
terbaik untuk membunuh kuman tersebut. Pelbagai kaedah dan bahan yang telah
digunakan namun tidak juga berjaya.
Dengan izin Allah entah macam mana, bekas yang
mengandungi kuman tersebut terjatuh ke tanah. Beliau terus memeriksa kuman
tersebut agar masih dalam keadaan seperti asal. Beliau terkejut kerana kuman
tersebut telahpun mati.
Beliau pun mengkaji bagaimana dan apakah yang
menyebabkan kuman tersebut mati. Akhirnya, ternyatalah bahawa debu-debu tanah
yang mengenai kuman tersebut adalah puncanya. Sangat bersyukurlah beliau kerana
berjaya menemui kaedah membunuh kuman tersebut kerana ia telah menyebabkan
pelbagai penyakit merbahaya dan telah berada pada tahap yang membimbangkan pada
ketika itu.
Rentetan peristiwa itu, beliau mengkaji sendiri
dari pelbagai sumber mencari agama mana yang ada menyentuh tentang najis babi
ini.
Akhirnya beliau memeluk Islam kerana hanya dalam agama Islam ada menyatakan
kedudukan babi serta cara mensucikan diri daripadanya bertepatan dengan penemuan
beliau tadi.
Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi di dalam ayat-ayat berikut:
a. Al-Baqarah 173
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
b. Al-Ma’idah : Ayat 3
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
c. Al-An’am 145
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Subhanallah! Pasal babi pun ada tertulis di dalam Alquran , tidakkah ini membuktikan bahawa Al-Quran yang lebih hebat dari sekalian alam ini juga ada penciptanya. - Koleksi kebenaran al Quran dan Islam
Comments
Post a Comment