Pegawai Tentera Tumbuk Dan Menyepak Isteri



KUANTAN , 23 Oktober - Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan isterinya di Taman Indera Sempurna di sini pada 28 Julai 2011 lalu.

Mohamad Halim Kasbin, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk dan menyepak Azrina Ahmad, 37, di rumah beralamat No. 19, Lorong IS 71, Taman Indera Sempurna di sini pada pukul 5 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Jesseca Daimis membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000. Tertuduh membayar wang tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi