Orang Ini Memeluk Islam, Menukar Jantina Dan Tak Pernah Meninggalkan Solat
Hidayah boleh datang dari mana saja tanpa
diduga . Seorang bekas tentera British dari kesatuan Territorial Army, Lucy
Vallender (28 tahun) mendapat hidayah ketika ia menonton acara TV mengenai
Islam.
Kemudian Lucy, yang pada asalnya adalah seorang lelaki yang
bernama Laurens telah menukar jantinanya menjadi perempuan dan memeluk Islam.
Setelah memeluk Islam, dia memakai tudung dan tidak pernah meninggalkan solat 5
waktu.
Tidak berapa lama kemudian dia bertemu dengan Murad, seorang lelaki Muslim yang
dikenalinya di internet. Kemudian mereka berkahwin dan Lucy menjadi isteri kedua
Murad yang telah memiliki 2 anak. sumber
NOTE: Sebelum kita menilai sendiri
pekara seperti ini,haruslah kita rujuk terlebih dahulu kepada yang lebih arif
tentang hukum-hukum yang berkaitan..
Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:
"Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai
lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875
dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).
Bahkan 'Abdullah ibn'
Abbas r.a. menerangkan bahawa:
"Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. "(Shahih al-Bukhari, no:
5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah
dan Aisyah ra.
Comments
Post a Comment