Mazhab Kristian Yang 'Mirip' Islam
Seumur
hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah
mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar
membezakan kristian gaya baru?
Waktu
Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat.
Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum
Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah
Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian.
Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip
Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya
hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.
Selain
berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai
bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila
kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih
banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka
menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus
sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum
(Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal
yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama
sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian
ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan
sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada
kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang
kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok
juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah
satu persepuluh dari pendapatan.
Kenapa
Ajaran Ini Muncul?
Ada
pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk
mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti
kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh Nabi Isa
as.
Sebagai
seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali
Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari
berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam
berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.
Comments
Post a Comment