Kisah Benar – Kenapa Awak Tidak Rogol Saya?
| Kisah benar ini berlaku kepada seorang wanita
muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan
bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt,
berpakaian sopan, menutup aurat dengan ‘sempurna’ dan memiliki akhlak yang
baik.
Kisah benar bermula…
Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan
balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui
jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih
itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada
masa itu.
Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi,
laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu
agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.
Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang
lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa
yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas
dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan
agar Allah swt membantunya di saat itu.
Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat
menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak
endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam
akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang
lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian
pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah
perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki
kulit putih yang dijumpainya semalam.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai
polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam
dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki
tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.
Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana
perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu
dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu
ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis
untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat
lain.
Dia pun bertanya kepada perogol itu
:
Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone ?
Mengapa kamu tidak rogol atau melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab
:
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

Comments
Post a Comment