Kalau Syiah Sesat, Mengapa Boleh Masuk Tanah Suci?
Bertahun-tahun silam pernah diadakan diskusi antara seorang Ustaz dari PP Persis Bandung dengan Jalaluddin Rahmat (tokoh Syiah berasal dari Bandung). Dalam makalahnya, Ustaz Persis itu tanpa berselindung membuat kajian berjudul, “Syiah Bukan Bahagian dari Islam”.
Ketika sesi dialog berlangsung, Ustaz Persis itu -dengan pertolongan Allah- mampu mematahkan argument-argument Jalaluddin Rahmat. Kejadiannya mirip, ketika dilakukan diskusi di Malang antara Jalaluddin Rahmat dengan Ustaz-ustaz Persis; ketika merespon lahirnya buku Islam Aktual, karya Jalaluddin Rahmat.
Ada satu saat penting menjelang akhir diskusi di Bandung itu. Ketika itu Jalaluddin mengusulkan pertanyaan, “Kalau memang Syiah dianggap sesat dan bukan bahagian dari Islam, mengapa Kerajaan Arab Saudi masih memperbolehkan kaum Syiah menunaikan Haji ke Tanah Suci?” Nah, atas pernyataan ini, tidak ada tanggapan serius dari para Ustaz di atas.
Dan ternyata, kata-kata serupa itu dipakai oleh Prof. Dr. Umar Shibah, tokoh Syiah yang menyusup ke lembaga MUI (Majlis Ulama Indonesia). Ketika kaum Syiah terdesak, dia mengemukakan kalimat pembelaan yang sama. “Kalau Syiah dianggap sesat, mengapa mereka masih boleh berhaji ke Tanah Suci?”
Lalu, bagaimana kalau pertanyaan di atas disampaikan kepada kita semua wahai kaum Muslimin? Apa jawapan anda?
Mengapa kaum Syiah masih boleh masuk ke Tanah Suci, baik MakkahAl Mukarramah mahupun Madinah Al Munawwarah?
Berikut jawapan yang dikemukan berdasarkan diskusi yang dilakukan ketika itu :
PERTAMA, sebaik-baik jawapan ialah Wallahu a’lam. Hanya Allah yang Tahu sebenar-benar alasan di sebalik keputusan Arab Saudi memberikan tempat bagi kaum Syiah untuk ziarah ke Makkah dan Madinah.
KEDUA, dalam mazhab Syiah terdapat banyak golongan atau puak. Diantara mereka ada yang lebih dekat kepada golongan Ahlus Sunnah (iaitu Syiah Zaidiyyah-meskipun sebagian ulama sudah mengatakan Syiah Zaidiyyah sudah tergolong sesat dengan Syiah lainnya), ada yang sederhana kesesatannya, dan ada yang ekstrim (seperti Imamiyyah dan Ismailiyyah). Terhadap kaum Syiah ekstrim ini, rata-rata para ulama tidak mengakui keislaman mereka. Tetapi secara praktikalnya, tidak mudah membezakan kelompok-kelompok tadi.
KETIGA, usia mazhab Syiah sudah sangat tua. Hampir setua usia sejarah Islam itu sendiri. Tentu cara menghadapi mazhab seperti ini berbeza dengan cara menghadapi Ahmadiyyah, aliran Lia Eden, dll. yang termasuk mazhab-mazhab baru. Bahkan Syiah sudah mempunyai sejarah sendiri, sebelum kekuasaan negeri Saudi dikuasai Dinasti Saud yang berfahaman Salafiyyah. Jauh-jauh hari sebelum Dinasti Ibnu Saud berdiri, kaum Syiah sudah masuk Makkah-Madinah. Ibnu Hajar Al Haitsami penyusun kitab As Shawaiq Al Muhriqah, beliau menulis kitab itu dalam rangka memperingatkan bahaya mazhab Syiah yang di masanya banyak muncul di Kota Makkah. Padahal kitab ini termasuk kitab turats klasik, sudah ada jauh sebelum era Dinasti Saud.
KEEMPAT, kalau melihat identiti kaum Syiah yang datang ke Makkah atau Madinah, rata-rata tertulis “agama Islam”. Negara Iran saja mengisytiharkan mereka sebagai Jumhuriyyah Al Islamiyyah (Republik Islam). Revolusi mereka disebut Revolusi Islam (Al Tsaurah Al Islamiyyah). Data seperti ini tentu sangat menyulitkan untuk memastikan jenis mazhab mereka. Semuanya disebut “Islam” atau “Muslim”.
KELIMA, kebanyakan kaum Syiah yang datang ke Makkah atau Madinah, mereka orang awam. Maksudnya, tahap ‘kesyiah-an’ mereka umumnya hanya ikut-ikutan, kerana tradisi, atau kerana desakan sekeliling. Orang seperti ini berbeza dengan tokoh-tokoh Syiah ekstrim yang memang sudah dianggap murtad dari jalan Islam. Tanda kalau mereka orang awam iaitu kemahuan mereka untuk datang ke Tanah Suci Makkah-Madinah itu sendiri. Kalau mereka Syiah ekstrim, tidak akan mahu datang ke Tanah Suci Ahlus Sunnah. Mereka sudah punya “tanah suci” sendiri iaitu: Karbala’, Najaf, dan Qum. Perlakuan terhadap kaum Syiah awam tentu harus berbeza dengan perlakuan kepada kalangan ekstrim mereka.
KEENAM, orang-orang Syiah yang datang ke Tanah Suci Makkah-Madinah sangat diharapkan akan mengambil banyak-banyak pelajaran dari kehidupan kaum Muslimin di Makkah-Madinah. Bila mereka tertarik, terkesan, atau terpikat; mudah-mudahan mahu bertaubat dari agamanya, dan kembali ke jalan lurus, agama Islam Ahlus Sunnah.
KETUJUH, hadirnya ribuan kaum Syiah di Tanah Suci Makkah-Madinah, hal tersebut adalah BUKTI BESAR betapa ajaran Islam (Ahlus Sunnah) sesuai dengan fitrah manusia. Meskipun para ulama dan kaum penyesat Syiah sudah bekerja keras sejak ribuan tahun lalu, untuk membuat agama baru yang berbeza dengan ajaran Islam Ahlus Sunnah; tetap saja fitrah mereka tidak boleh disangkal, bahawa hati-hati mereka terikat dengan Tanah Suci kaum Muslimin (Makkah-Madinah), bukan Karbala, Najaf, dan Qum.
KELAPAN, kaum Syiah di negerinya sangat biasa memuja kubur, menyembah kubur, tawaf mengelilingi kubur, meminta tolong kepada ahli kubur, berkorban untuk penghuni kubur, dll. Kalau mereka datang ke Makkah-Madinah, maka praktik “ibadah kubur” itu tidak ada disana. Harapannya, mereka boleh belajar untuk meninggalkan ibadah kubur, sekiranya nanti mereka sudah kembali ke negerinya. Insya Allah.
KESEMBILAN, pertanyaan di atas sebenarnya lebih layak diajukan ke kaum Syiah sendiri, bukan ke Ahlus Sunnah. Mestinya kaum Syiah jangan bertanya, “Mengapa orang Syiah masih boleh ke Makkah-Madinah?” Mestinya pertanyaan ini diubah dan diajukan ke diri mereka sendiri, “Kalau anda benar-benar Syiah, mengapa masih datang ke Makkah dan Madinah? Bukankah anda sudah mempunyai ‘kota suci’ sendiri?”
Demikian sebahagian jawapan yang boleh diberikan. Semoga bermanfaat
Comments
Post a Comment