Kalau Betul Tuhan Maha Baik, Kenapa Cipta Neraka?
Ini
kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan
tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan
dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan
pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk
memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya
tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan
kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan
didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz
ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara
berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang
mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan
sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di
sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka
dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz
ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi
peraturan".
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau
taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti
tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita
campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,
tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan
Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau
dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi
tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi
pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka
tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam
tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya
sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka
apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi
diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.
Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada
siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil
ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas
macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil,
boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat
Islam. Allah itu Maha Penyayang,
tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum
hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya
rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka
bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah
dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala
perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."
Comments
Post a Comment