Jasad Para Sahabat Ditemui Masih Utuh Dan Berdarah Pada Banjir Di Madinah Baru-Baru Ini.
Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang
Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih
utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.
Selepas banjir
surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak
ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2
sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui
dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.
Jasadnya masih berdarah dan
harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih
keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun.
Dan yang satu lagi
adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui
telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang
sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung
Uhud, hanya ada 2 nisan saja.
Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat
berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud
Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam
penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.
Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana
jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti
nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada,
bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.
Berikut adalah sebahagian dari
kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh
Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang
yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat
yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah
kawasan perkuburan yang terkenal.
Kerana dilanda banjir, maka sebahagian
jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para
sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah
Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya
terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.
Ketika kami
menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya
bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq
As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan
dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para
syuhada.
Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum
misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.”
SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah
besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.
Betapa utamanya, betapa
mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan
jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu
bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan
bumi.
Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul
Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami
Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku
memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang
paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.
Sungguh aku tidak
meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi
Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap
baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi
orang yang pertama gugur.
Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam
satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku
berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar
makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti
pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214
)
Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam
perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya
tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya
sudah hancur.
Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat
dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang
urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan
seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati
5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.
Organ-organ tubuh
meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth
Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN - Dalam buku sejarah
bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43
tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka
mengapung.
Comments
Post a Comment