Monday, October 28, 2013

Datuk Rahim Razali Mengalami Pendarahan Dalam Otak.

Datuk Rahim Razali kini stabil meskipun disahkan mengidap penyakit pendarahan dalam otak (subdural hemorrhage) dan perlu menjalani rawatan pembedahan dengan segera.

Beliau baru-baru ini telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway Petaling jaya.

Bagaimanapun, beliau sudah dipindahkan ke wad biasa hari ini.

"Beliau dijadualkan menjalani pembedahan akibat penyakit berkenaan pada Rabu atau Khamis ini.

“Saya ada hubungi anak beliau tadi iaitu Nadia dan saya dimaklumkan keadaan Datuk (Rahim) sudah stabil dan dia sudah pun dipindahkan ke wad biasa,” kata pelakon Khir Rahman.

Untuk info, Rahim mengadu sakit kepala kepada anaknya sejak seminggu lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan doktor kerana kesibukannya di lokasi penggambaran.

Namun pada petang Ahad (semalam), Rahim yang sedang menjalani penggambaran di Kuantan, Pahang sekali lagi mengadu tidak sihat dan beliau kemudian terus dibawa ke Pusat Perubatan Sunway.

Marilah kita berdoa agar pelakon dan pengacara veteran itu cepat sembuh dan boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...