Wanita Tidak Boleh Jadi Pemimpin Bukan Satu Diskriminasi



Soal kepimpinan di tangan lelaki ini bukanlah satu bentuk diskriminasi. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhlukNya, bahkan Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Adil ertinya meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maka kedudukan wanita itu bukan sebagai pemimpin tetap mereka ada peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah mereka.

Telah berlaku satu kisah di zaman silam di negara Andalusia, setelah sekian lama kaum Muslimin berperang dengan puak Kristian,namun kaum Muslimin tidak menang dan tidak kalah. Ini telah menimbulkan tanda tanya dan keresahan di kalangan orang orang Islam,termasuklah seorang wanita Islam yang merasakan bahawa sesuatu perubahan perlu dibuat supaya kemenangan berpihak semula kepada orang Islam.
Dia berkata setelah sekian lama tentera dipimpin oleh kaum lelaki, tidak juga berjaya mendapat kemenangan, maka tibalah masanya kaum wanita pula diberi peluang dan dilantik untuk memimpin tentera Islam. Dalam keadaan terdesak itu, kamu lelaki telah menerima usul tersebut dan wanita berkenaan dilantik sebagai ketua dan panglima tentera Islam. Dengan kehendak Tuhan, di bawah pimpinan wanita itu, tentera Islam telah berjaya mencapai kemenangan.
Di dalam keceriaan dan kegemilangan kemenangan tersebut, dan seperti yang lazim setelah tamat perang, wanita berkenaan ditemukan dengan pemimpin perang puak Kristian yang telah menjadi orang tawanannya. Bermula dari pandangan pertama,hatinya telah tertarik dan terpikat dengan ketua tentera Kristian yang tampan itu. Lama kelamaan rasa tersebut mekar menjadi cinta yang tidak tertahan-tahan lagi. Dia mengajak tawanan itu memeluk Islam supaya boleh dipersuamikannya tetapi tawanannya menolak. Berkali-kali dia memujuk tetapi tawanannya tetap menolak malahan mencadangankan pula agar wanita tersebut memeluk agama Kristian supaya mereka dapat bersama memadu kasih yang sekian lama telah berbunga di hati masing-masing.
Akhirnya wanita tersebut kecundang,jatuh dan tersungkur dilanda cinta yang begitu ghairah dan hebat yang telah memadamkan segala cintanya kepada Allah, Islam dan kebenaran. Demi cintanya itu dia murtad dan memeluk agama Kristian.
Peristiwa sedih dan malang ini benar-benar terjadi dalam sejarah umat Islam. Ia patut menjadi pengajaran kepada kita iaitu sesiapa yang membelakangkan syariatNya,pasti natijahnya tidak selamat. Memanglah semua orang Islam mahukan kemenangan di dalam peperangan menentang musuh. Tetapi kemenangan itu mesti dicapai di dalam pengaruh dan lingkungan syariat. Syariat Allah tidak boleh dikesampingkan di dalam perjuangan menuju keredhaanNya.
Syarat-syarat menjadi pemimpin dalam Islam amat jelas. Antaranya, pemimpin mesti orang lelaki. Wanita tidak dibenarkan menjadi pemimpn lelaki. Hadis ada menyebut yang lebih kurang maksudnya:"Kalau perempuan dilantik menjadi pemimpin,maka tunggulah kebinasaannya".
Soal kepimpinan di tangan lelaki ini bukanlah satu bentuk diskriminasi. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhlukNya, bahkan Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Adil ertinya meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maka kedudukan wanita itu bukan sebagai pemimpin tetap mereka ada peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah mereka. Wanita lebih berperanan sebagai sayap kiri kepada lelaki atau menjadi pembantu kepada kaum lelaki. Sayap kiri juga sangat penting kerana tanpanya mana mungkin seekor burung itu mampu terbang tinggi di udara. Sebab itu ada pepatah berkata: Di belakang seorang lelaki itu(samada kejayaannya atau kejatuhannya)ada seorang wanita. Pepatah lain pula ada menyebut: "Tangan yang menghayun buaian,mampu menggoncang dunia."
Dalam Islam, wanita dibenarkan malah diperlukan oleh masyarakat Islam membuat kerja-kerja lain sepertimana kaum lelaki biasa. Mereka boleh menjadi pekerja mahir atau orang-orang professional seperti doktor,jurutera,akauntan,arkitek dan juga pendidik,jururawat dan sebagainya. Hanya mereka perlu berada di bawah kepimpinan orang lelaki.
Itulah kehendak Allah yang sangat-sangat mengetahui akan hikmahnya.
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi