Jawapan Ustaz Azhar Idrus

 
Soalan : Apa hukum meramal sesuatu yang akan berlaku dengan cara tengok i/c atau tengok pada tapak tangan ?
 
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Tidak boleh...melainkan meramal penyakit dengan urat saraf pada tangan dibolehkan....adapun meramal tapak tangan seperti tengok urat tapak tangan pastu membuat ramalan "kamu ni nanti lambat nikah..tapi akhirnya nikah jugak...bini kamu nanti perempuan"..kalau jenis macam ni ngarut...jangan percaya...
 
 
Soalan : Adakah sah berwudhu dengan air yang melebihi 2 qullah yang bercampur dengan air sabun..sedangkan ketika itu sudah tidak ada air lain lagi ?
 
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Jawabnya jikalau jatuh benda yang suci di dalam air yang kurang dari 2 qullah atau lebih sekalipun dan tidak mengubah sifat air tersebut maka sah digunakan untuk berwuduk...adapun jika bercampur banyak contohnya tertumpah nila ke dalam air yang kurang dari 2 qullah atau lebih sekalipun dan air tersebut jadi BIRU seperti warna bendera maka tidak sah digunakan untuk berwudhu...
 
Soalan : Batalkah solat jika kita rasa macam nak pitam sekejap (dalam masa 2 saat) je..ini sering terjadi apabila solat dalam keadaan sangat mengantuk ??
 
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Jawabnya tidak batal lagi jika hanya terase macam nak pitam...yang batalnya jika sudah pitam walaupun sekejap kerana sudah batal wudhu...
 
Soalan : Sekiranya suami mengatakan kepada isteri "Jika kamu pernah berzina sebelum bernikah denganku,,maka jatuhlah satu talak ke atas kamu"...sedangkan isterinya pernah berzina dulu...adakah jatuh talak ??
 
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Jawabnya pendapat jumhur ulama mengatakan tidak jatuh dan tak sah taklik tersebut kerana penggantungan dengan perkara yang telah lepas...dan si isteri tiada pilihan atas taklik tersebut...
 
Soalan : Seorang pemburu zhon apa yang akan dipanahnya itu ialah sebiji batu besar...dan semasa dia melepaskan panahannya,dia qasad untuk memanah batu besar tersebut..rupa2nya yang disangkanya batu itu ialah seekor rusa dan rusa itu mati akibat terkena panahan tersebut...Apakah halal ia memakan rusa tersebut?
 
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Ada dua pendapat disisi mazhab syafi'e dalam masalah ini...pendapat pertama mengatakan BOLEH di makan...satu pendapat lagi daripada ulama iraqiyyun mengatakan TIDAK BOLEH makan kerana tiada qasad memburu binatang buruan..boleh pakai kedua2 pendapat tersebut...
 
Soalan : Sekiranya makmum menegur imam dengan mengucap "subhanallah" tanpa qasad zikir..adakah batal solat makmum ?
 
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Berlaku khilaf di kalangan ulama fiqh mazhab syafi'e...jadi kita keluar daripada khilaf kita berniatlah zikir apabila menegur imam.pendapat ini banyak disebut dalam kitab2 jawi...dan satu pendapat lagi mengatakan tidak perlu qasad zikir kerana perbuatan itu adalah tuntutan syara...
 
Soalan : Apa hukum menggauli (jimak) isteri dalam istihadhah ?
 
 Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Tidak haram
 
Soalan : Sekiranya urusan jual beli yang tidak ada akad jual beli sedangkan kedua2 pihak redha..adakah memadai disisi syara ?
 
 Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Urusan jual beli ade di sebut dalam Alquran dan hadis...cuma masalah akad jual beli tiada dalam Alquran dan hadis..ini adalah ijtihad ulama...yang penting sekali adalah redha meredhai..ulama mazhab syafi'e mensyaratkan diterjemahkan lafaz redha tersebut dengan akad jual beli..inilah pendapat muktamad dalam mazhab syafi'e...lebih baik jika di ikuti pendapat ulama ini...Dan ada juga ulama dalam mazhab syafi'e seperti Imam Nawawi rah mengatakan tidak perlu lafaz jika kedua pihak redha..cukup sekadar unjuk mengunjuk..kesimpulannya jika barang tersebut yang besar nilainya wajiblah kita akad jual beli atas pendapat muktamad..jika barang yang kecil nilainya memadai dengan unjuk mengunjuk dan redha kedua pihak.....
 
Soalan: Terangkan hukum hudud, qisas, dan ta'zir..
 
UAI - Hudud ni hukum yang Allah sudah tetapkan di dalam Al-Quran. Contohnya mencuri, berzina, minum arak dan sabagainya. Hukuman, kalau mencuri, sabit kesalahan potong tangan, minum arak 40 sebatan dll. Qisas ni balas setimpal. Bunuh balas bunuh. Takzir ini adalah hukuman yang tidak cukup syarat untukk dikenakan hudud. Contoh ? Mencuri, syarat2 untuk sabit kesalahan adalah seperti waras, barang tidak diletak di tempat yang selamat, cukup nisab, dan bukan dalam peperangan. Jadi bila tidak cukup syarat2 ni, maka tidak boleh disabitkan hudud. Maka jadilah takzir. Iaitu sebatan, atau penjara tidak lebih dari kadar hudud..
 
Sumber soal jawab : Facebook محمد الولازمي حسن‎ dan Facebook Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus Sumber gambar : www.froyoplus.com - See more at:


 

Comments

  1. adakah sah taklik suami berkata tidak akan sentuh isteri, jika sentuh maka jatuh talak 3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan Yang Merompak

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?