Maafkan Ibu Mertua

 
Saya telah berumahtangga. Oleh kerana pendapatan kami sekeluarga agak kecil maka kami masih tinggal bersama ibu mertua. Masalahnya ialah ibu mertua sering berleter terhadap kami yang menyebabkan kami tertekan serta merasa bosan. Dalam situasi kami ini, apa yang seharusnya kami lakukan?
 
Jawapan:
Alhamdulillah, syukran. Situasi seperti yang saudara katakan itu sepatutnya saudara tinggal berasingan namun saudara juga masih belum mampu. Oleh itu saya sarankan supaya saudara bersabar. Sabar ertinya menahan diri demi mendapatkan keredhaan Allah swt. Sekiranya saudara tidak bersabar mungkin akan timbul masalah atau implikasi lain yang negatif misalnya saudara mungkin berkrisis atau bersengketa dengan ibu mertua dan sukar untuk berdamai semula. Kesan bersengketa dengan ibu mertua itu mungkin mengakibatkan keretakan suami isteri pula yang mungkin sukar berdamai juga. Untuk menguatkan kesabaran, saudara perlu yakin akan janji Allah swt terhadap orang yang bersifat sabar. Bagi orang yang sabar Allah swt janjikan pahala tidak terhitung ertinya terlalu banyak. Allah swt anugerahkan gelaran Ulul Azmi kepada lima orang Rasul kerana mereka amat sabar dalam berhadapan dengan ragam serta karenah manusia. Rasulullah saw merupakan Penghulu kepada Ulul Azmi itu kerana Baginda saw yang paling sabar dalam berhadapan dengan manusia. Untuk menyubur dan menguatkan sifat sabar perlulah menguatkan iman kerana ‘sabar itu adalah sebahagian dari iman.’
Selain dari bersabar, saudara juga perlu memperlihatkan akhlak yang mulia. Mudah-mudahan dengan berakhlak mulia yang saudara perlihatkan itu akan mengubah sikap ibu mertua saudara. Ini kerana semua manusia menyukai akhlak mulia kerana ianya adalah fitrah semulajadi. Rasulullah saw serta para Sahabat telah berjaya menawan hati manusia dengan akhlak mereka yang amat menarik. Daya tarikan akhlak mereka macam magnet. Saudara juga mesti beerusaha meminimakan sikap-sikap atau perlakuan saudara yang tidak disukai oleh ibu mertua saudara. Saudara juga perlu banyak memberikan khidmat terbaik, berbudi serta berbuat jasa seberapa yang saudara termampu. Akhir sekali saudara mesti ada azam serta usaha untuk bebas yakni tinggal berasingan dengan ibu mertua. Banyakan taubat serta berdoa semoga Allah swt bantu dan selesaikan masalah sudara. Keadaan yang saudara alami itu merupakan satu realiti yang berlaku dalam masyarakat zaman ini. Iaitu rata-rata masyarakat sudah kehilangan Tuhan serta ketiadaan kasih sayang. Kehilangan Tuhan membuatkan masyarakat tidak lagi mementingkan masa depan akhirat serta dosa dan pahala. Ketiadaan kasih sayang menyebabkan masyarakat hilang bahagia sekaligus tiada perasaan mahu membahagiakan orang lain. Natijahnya seperti yang saudara alami iaitu tinggal bersama ibu mertua pun tidak aman, tidak tenteram dan tidak tenang
backlinks exchange gratis indonesia

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi