Monday, September 30, 2013

10 Sebab Mengapa Orang Like Status FB Anda

 
Pernah tak anda rasa ada diantara rakan anda sendiri, bila dia update saja apa-apa status di Facebook tak sampai beberapa ketika berpuluh orang akan like?
Padahal bukannya status yang mempunyai apa-apa makna. Ia sekadar mengucap selamat pagi atau selamat malam saja.
Sebenarnya banyak juga perkara yang menyumbang bagaimana seseorang itu suka atau ‘like’ status seseorang itu.
Mari kita baca antara sebabnya..
1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..(ramai yang macam ini).
2. Post itu mengandungi banyak info yang berguna terutamanya tentang pelajaran, hal rumahtangga dan hal agama.
3. Orang yang post tu lawa atau hensem dan dia dah lama stalk secara senyap-senyap, secret admire la katakan..
4. Like secara rambang saja, kalau orang tu tulis benda-benda menarik like la, tak pilih kasih okay.
5. Tertarik dengan post tu terutamanya tentang ayat-ayat puitis dan ayat-ayat cinta.
6. Suka like status kawan baik sendiri, motif? So dia pon boleh la like status anda sekali.
7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam post someone to betul!! Malah kita pun tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu.
8. Selalu like post orang yang berpengaruh, dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang like, kita pon teringin nak like.
9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. dia bukak timeline sorang tu, then dia like je tak kira gambar, status, komen, semua dia nak like. (syokla tu menambahkan notifications orang..bila orang tu tengok tadi , fuhyoo 159… tapi last-last 108 dari like orang yang sama).
10. Bila dah lama updates status, dia tgok orang tak like, then dia pon like post dia sendiri…hahaha…oppsss!!
Jadi agaknya anda tergolong dalam kategori mana ye?
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...