Posts

Showing posts from September, 2021

Dah Boleh Buka Akaun Bank Secara Online Saja..Tak Perlu Beratur DI Bank

Image
   CARA BUKA AKAUN CIMB SECARA ONLINE Sekarang dah senang nak buka akaun online je melalui APP.. Hanya bayaran deposit RM20 dikenakan untuk pendaftaran dan KAD DEBIT akan terus dihantar ke rumah! Semudah ABC guyss.. 1. Install CIMB Apply 2. Pengesahan IC 3. Isi semua barang nya minta 4. Proceed ngan CIMB Clicks ID & PASSWORD 5. DILULUS OR TIDAK DILULUSKAN 6. Dalam masa 7-14hari penghantaran Kad ke Alamat rumah 7. Aktifkan Kad via CIMB CLICKS 8. Selamat di gunakan Info lanjut & penerangan langkah step-by-step boleh rujuk SINI

Cara Ubah Had Transaksi Maybank2u

Image
   Artikel di bawah menunjukkan cara ubah had transaksi   Maybank2u   melalui browser versi desktop yang menggunakan antaramuka lama. Sekiranya anda mencari tutorial yang menggunakan interface baru, rujuk artikel ini:  Cara Ubah Had Transaksi Maybank2U Wajah Baru Selepas login ke akaun Maybank2u, klik pada “Accounts & Banking” dan seterusnya pada pautan “Transfers” seperti gambar di bawah. Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada “Transaction limit maintenance” seperti gambar di bawah. Anda kini mempunyai pilihan untuk mengubah had transaksi untuk: 3rd Party Transfer Interbank GIRO Transfer Instant Interbank Transfer Foreign Telegraphic Transfer Pilih salah satu, sekiranya anda perlu untuk menukar beberapa pilihan, anda perlu mengulangi langkah-langkah ini untuk setiap satu transaksi yang anda ingin tukar. Anda akan diminta untuk memasukkan had yang baru. Sekiranya anda ingin menaikkan had transaksi; anda perlu untuk “Request for TAC” untuk mengesahkan penukar...

Kehancuran Tanah Suci Mekah Yang Dirahsiakan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!  Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya  niche  blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur. Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan ...

Remuk Hati Suami Tengok Isteri Sendiri Berzina!

Image
  Gambar hiasan Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat. KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu. SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hat...

Misteri Telaga Barhut Yang Dikatakan Telaga Neraka Di Yaman

Image
MISTERI | “Telaga Neraka” Di Yaman   Diselubungi kisah misteri dan sering dikaitkan dengan alam ghaib, Telaga Barahut yang terletak di timur Yaman turut dikenali sebagai “Telaga Neraka”. Telaga ini merupakan keajaiban semula jadi yang kekal misteri sehingga hari ini. Terletak berdekatan sempadan Oman, kira- kira 1,300KM dari ibu kota Sanaa,lubang gergasi di padang pasir Al-Mahra ini, mempunyai kelebaran 30 meter dan kedalaman antara 100 - 250 meter. Penduduk tempatan percaya telaga ini adalah penjara bagi iblis dan syaitan. -  Kajian Ringkas Isu Telaga Barhut Mustaqimmah

Istiqamah Kunci Kebaikan

Image
  Lakukanlah sesuatu perkara baik itu berterusan walaupun sedikit untuk mendapat reda Allah. PERUBAHAN  daripada satu keadaan kepada satu keadaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ramai dalam kalangan kita yang ingin berubah daripada melakukan perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik, dari perkara yang Allah murka kepada perkara yang Allah reda. Seringkali perkataan istiqamah diucapi dan didengari bertujuan agar apa yang kita lakukan dapat dilaksanakan sehingga ke akhir hayat. Perkataan istiqamah menurut Kamus Dewan ialah menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus. Imam Nawawi mengatakan makna istiqamah ialah 'sentiasa mengikut ketaatan kepada Allah'. Ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah Hud ayat 112: Maka beristiqamahlah sebagaimana kamu telah diperintahkan. Seseorang yang ingin berubah maka perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala perkara yang boleh menyebabkan dirinya kembali kepada asal.  Misalnya seseorang yang tid...

Tanda Tanda Meninggal Husnul Khatimah

Image
  Abu al-Yazid Salama seorang peneliti Hukum di Unibersitas al- Azhar Mesir menjelaskannya sebagai berikut, sebagaimana dilansir dari   Almasrawy:    Pertama,  kalimat terakhir yang diucapkan sebelum mengembuskan napas terakhir adalah menyebut nama Allah, terutama syahadat.  رَأَى عُمَرُ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ ثَقِيلاً فَقَالَ مَا لَكَ يَا أَبَا فُلاَنٍ لَعَلَّكَ سَاءَتْكَ إِمْرَةُ ابْنِ عَمِّكَ يَا أَبَا فُلاَنٍ قَالَ لاَ إِلاَّ أَنِّى سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَدِيثًا مَا منعني أَنْ أَسْأَلَهُ عَنْهُ إِلاَّ الْقُدْرَةُ عَلَيْهِ حَتَّى مَاتَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ إني لأَعْلَمُ كَلِمَةً لاَ يَقُولُهَا عَبْدٌ عِنْدَ مَوْتِهِ إِلاَّ أَشْرَقَ لَهَا لَوْنُهُ وَنَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَتَهُ قَالَ فَقَالَ عُمَرُ إني لأَعْلَمُ مَا هي، قَالَ: وَمَا هي قَالَ تَعْلَمُ كَلِمَةً أَعْظَمَ مِنْ كَلِمَةٍ أَمَرَ بِهَا عَمَّهُ عِنْدَ الْمَوْتِ: (لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ) قَالَ طَلْحَةُ صَدَقْتَ هي وَاللَّهِ هي  Umar melihat Talhah bin ...