Posts

Showing posts from January, 2015

Antara 7 Wali Allah Di Malaysia

Image
Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia. Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin deng...

4 Tempat Pelik Di Dalam Al Quran

Image
Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran. Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus! Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w? Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic? Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda. Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada ‘kuantiti’ bukannya ‘kualiti’ bacaan. Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekal...

15 Perkara Mengundang Bencana Akhir Zaman

Image
Firman Allah SWT:  ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41). Sebuah hadits dari Rasulullah SAW menceritakan dosa-dosa yang menjadi penyebab turunnya bala dari Allah SWT. Hadits diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib. Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana/bala/siksaan." Maka bertanya seorang sahabat, "Apakah (15 perkara) itu, ya Rasulullah?” Maka Baginda bersabda: 15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw...