5 Bekas Tahanan ISA Terlibat Militan IS Di Syria

PETALING JAYA, 12 Sept – Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam peperangan di Syria di mana pelbagai kumpulan itu bersaing untuk merebut kuasa.

image

Kelima-lima mereka merupakan bekas ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Zainuri Kamaruddin dan Rafi Udin bersama-sama dengan bekas anggota Jemaah Islamiah (JI), Samad Shukri dan Zid Saharani Mohamad Esa.

Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, antara yang turut disenaraikan.

Sumber berkata, Zainuri, Rafi dan Samad pergi ke Syria pada 18 April lalu bersama-sama dengan pejuang jihad Zainan Harith, juga dikenali sebagai Abu Turob, yang terbunuh baru-baru ini.

Terbaharu, rakyat Malaysia yang terbunuh dalam konflik itu adalah Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, dari Kedah. Dia dibunuh semasa melarikan diri dari serangan tentera kerajaan Syria pada Selasa.

“Zainan terbunuh dalam serangan di Syria dan tiga yang lain cedera parah. Pihak berkuasa percaya semua bekas tahanan ISA ini masih di Syria berjuang untuk kumpulan militan,” kata sumber berkenaan.

Difahamkan kelima-lima mereka bersama-sama Zainan, amat dipengaruhi oleh ajaran pelampau.

“Boleh dikatakan bahawa perjuangan mereka di Syria adalah hampir sama antara satu sama lain. Mereka percaya bahawa boleh melakukan hampir semua cara untuk mencapai matlamat mereka dalam membela perjuangan mereka,” kata sumber.

Di Malaysia, mereka mengadakan mesyuarat yang digelar sebagai “usrah” di lokasi secara rawak bagi mengelakkan ia daripada dikesan.

“Usrah ini termasuk merancang serangan dan rompakan bagi membiayai gerakan pelampau. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan senjata dan berjuang di Syria,” kata sumber itu.

Pemantauan pihak berkuasa turut mengenal pasti pelbagai lokasi “usrah” di Lembah Klang. Antara lokasi tersebut adalah Puchong, Shah Alam dan Puncak Alam di Klang.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi