Sunday, June 8, 2014

Kejadian Aneh Di Langit Israel


SATU fenomena aneh telah berlaku di langit Israel, kejadian luar biasa dan jarang-jarang terjadi ini berlaku pada hari sabtu di selatan Israel berhampiran bandar Netivot. 

Di langit tiba-tiba kelihatan gelap dengan kepulan awan hitam yang bergerak kesana kemari, seolah-olah bergerak mengikut irama. Kejadian ini telah menyebabkan berbondong-bondong orang ramai memerhatikan apa yang sebenarnya telah berlaku dilangit bandar Netivot, selatan Israel ini. 



Inilah fenomena aneh dan ganjil yang dipanggil 'Murmuration'. Gerakan seperti kepulan awan hitam di langit ini sebenarnya adalah kumpulan jutaan 'Burung Starlings'. 

Sebenarnya sudah lebih 20 tahun kelibat 'Burung Starlings' tidak pernah kelihatan lagi di langit Israel, buat pertama kalinya burung ini dilaporkan berlegar-legar di atas 'Laut Galilee'. (Laut Galile dipercayai tempat keluarnya Dajjal laknatullah, kejadian ini akan berlaku bila mana air laut ini menjadi kering), menurut pakar-pakar di sana mengapa fenomena ini berlaku sukar untuk di terangkan.



Burung Starlings


Laut Galilee
Puluhan jutaan burung ini di percayai datang dari Rusia dan Eropah Timur.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...