Bekas Timbalan Menteri UMNO Jadi Penghuni Rumah Orang Tua

bksumutuaSiapa kata Menteri/Timbalan Menteri serta mantan-mantan hidup mewah seumur hidup mereka? Ada yang tidak bernasib baik kehidupan mereka berakhir menghuni di rumah kebajikan atau rumah orang-orang tua.


Rasa terkejut apabila hal ini berlaku ke atas bekas anggota kabinet Malaysia, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia serta bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman. Beliau yang dilaporkan kini telah ditempatkan di rumah orang-orang tua.


Lebih menyayat hati pusat jagaan milik bukan orang Melayu/Islam. Betullah pendapat yang mengatakan bahawa seorang Ibu boleh melahirkan dan membesarkan 9 orang anak dengan sempurna, sebaliknya 9 orang anak belum tentu memelihara seorang Ibu.


CTS hanya dapat bersimpati dengan nasib Datin Paduka. Kepada orang-orang UMNO, lapangkanlah masa anda untuk melawat tokoh parti ini.


Tanpa beliau dan rakan-rakan seangkatannya, belum tentu parti sekukuh yang ada sekarang.


bksumutua1 bksumutua2

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi