Posts

Showing posts from January, 2014

Kenali Tuan Guru Dato Harun Din

Image
Pendidikan • Madrasah al-Islahiyah al-Wataniah, Bohor Mali • Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor • Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965) • Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - Universiti Al-Azhar (1966-1968) • Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) • PhD Syariah - Universiti Darul Ulum, Kaherah (1972-1974) Pengenalan Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 (Tarikh Hijriyah ini mengikut kiraan komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan kakak serta seorang adik lelaki juga enam adik perempuan. Dua orang saudara lelaki beliau juga merupakan tokoh agama yang disegani di Malaysia iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Oleh yang dem...

Bagaimana Dajjal Menewaskan Para Nabi

Image
Pemahaman penulis kepada sejarah Nabi membawa kepada beberapa konklusi. Diantaranya : 1. “Pembunuhan” para nabi tidak akan menghapuskan Islam tetapi cara yang berkesan adalah dengan “merosakkan” ajaran Islam. 2. Manusia yang paling berbahaya adalah manusia yang penakut tetapi penuh dengan cita-cita. Kerana sifat penakutnya hidupnya penuh dengan tipu muslihat. Sebab itulah Allah mengharamkan syurga kepada manusia yang “dayus”. Firaun memilih untuk membunuh Nabi MUSA, sedangkan SAMIRI memilih untuk merosakkan ajaran Nabi MUSA dengan patung lembu emasnya. Perjuangan FIRAUN berakhir degan kematian yg tragis, tetapi perjuangan SAMIRI meninggalkan kerosakkan kepada Ajaran Nabi MUSA. Kerosakkan Aqidah itu membawa kepada kesukaran untuk memulihnya untuk jangka masa yang panjang. Jika Samiri itu Dajjal, apakah kaedah yang sama digunakan untuk menghapuskan Islam dimuka bumi ini sekarang iaitu dengan merosakkannya. Apakah Samiri akan membiarkan begitu sahaja Politik Islam, Pendidikkan Islam, Ekon...

Awas Ada Kristen Yang Meniru Persis Islam, Dari Shalat, Puasa Pakaian, Bahasa, Sampai Kesehariannya

Image
Jangan kaget bila anda menemukan orang yang shalat, berjilbab atau berbaju muslim dg jubah atau peci, berbahasa arab, kaligrafi arab, dan lainnya yang sangat mirip dengan budaya Islam. Itulah sekte Kristen Ortodox Syiria (KOS). Ini cirinya  DASAR-DASAR AJARAN KOS MIRIP ISLAM 1. KOS berpuasa bulan April, 40 hari (shaumil kabir) Untuk mengenang kesengsaraan Kristus.(Meniru Puasa Ramadhan) 2. KOS memiliki puasa sunnah Rabu & Jum’at (Meniru Puasa Senin Kamis Islam) 3. KOS wajib zakat 10% dari penghasilan kotor (Meniru Zakat Fitrah) 4. KOS mewajibkan perempuan berjilbab & jubah menutup aurat hingga mata kaki. Dan yang pria berpeci dan bersarung   5. Kitab Injil yang dipertahankan adalah terjemahan Injil Aramic-Arabic bahasa Indonesia. 6. Pengajian KOS juga menggunakan tikar (lesehan), (Meniru gaya tradisional Islam) 7. Cara Shalat persis Islam, hanya waktunya ada 7 yaitu sa'atul awwal (shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (Zhuhur), sa'atut tis'ah (asha...

Selamat Kembali Ke Negara Asal Tuan Guru Harun Taib

Image
Datuk Harun Taib <   1  /  1   > SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu 12.10 tengah malam tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Berita itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali kepada sebuah portal tempatan malam tadi. Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu, jenazah Allahyarham Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu. Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli Pas agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk allahyarham. “Moga ALLAH merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily. Bagi pihak Dewan Ulama Pas Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau meng...

Kisah Bagaimana Jasad Rasulullah Cuba Dicuri

Image
Percaya atau tidak, ternyata jasad nabi Muhammad SAW hampir pernah terusik dan nyaris dicuri oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya dari rancangan jahat tersebut. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh. Peristiwa ini berlatarbelakangkan kondisi umat islam pada zaman dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdirinya beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah baru. Tentunya hal ini tak disia-siakan begitu sahaja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata. Secara diam-diam mereka telah menyusun rancangan untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu ...

Perlis Dijangka Paling Sejuk

Image
P erlis yang terletak di utara Semenanjung sekali lagi berdepan cuaca luar biasa.  Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan 'musim dingin' pada sebelah malam.  Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekali gus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.  Untuk tempoh dua minggu akan datang, Perlis dijangka mencatatkan suhu antara 24 darjah celsius hingga 34 darjah celsius.  Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah 20 darjah celsius.  Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu akan mempengaruhi 'rasa sejuk' penduduk negeri tersebut.  Untuk maklumat, Perlis sebelum ini turut mengalami cuaca luar biasa pada tahun lalu apabila mencatatkan suhu tinggi yang mencecah 36 ...

9 Jenis Wanita Di Neraka

Image
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda: 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih. 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.  3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.  4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. 5. Wanita yang memakan badannya...

Apakah Agama Ultraman Sebenarnya?

Image
Ayah, Ultraman Apa Agamanya?  Satu persoalan spontan dan mungkin mengejutkan. Mungkin ramai diantara kita anggap ia satu persoalan bodoh. Lalu menjawab pertanyaan itu dengan alasan tertentu demi membantutkan rasa ingin tahu seseorang anak kecil agar mereka tidak bertanya lagi perkara seperti itu. Apakah Agama Ultraman yang sebenarnya. Cuba kita tanya diri sendiri, Adakah kita sebenarnya tahu untuk menjawab persolan itu. Atau mungkin kita tidak tahu! Tetapi adakah perlu kita memerah otak untuk memikirkan jawapan Apakah Agama Ultraman itu sebenar-benarnya. Agak bodoh, dan sekiranya ada jawapan mengenai Agama Ultraman, apakah faedahnya? Kadang-kadang persoalan yang remeh disekeliling kita besar pengertiannya. Berfikir adalah satu proses. Apabila kita cuba berfikir untuk mencari jawapan tentang sesuatu perkara, dengan izin Allah kita akan diberi satu petunjuk yang indah. Walaupun persoalan itu tidak dapat dijawab sekalipun, usaha kita menghayati dan memahami makna disebalik sesuatu pas...