Suspek Bunuh Pegawai Ambank Direman Seminggu
PETALING JAYA – Suspek kes rompakan dan pembunuhan di Ambank USJ Sentral, Subang Jaya dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.
Suspek atau dikenali sebagai Ardi akan direman selama seminggu bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh.
Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.
Biarpun polis boleh menahannya selama 24 jam sebelum dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyan 117 Kanun Prosedur Jenayah tetapi pihak polis tidak membuang masa segera mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya bagi memulakan siasatan.
Suspek yang dikenali sebagai Ardi itu tiba dengan kawalan ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersenjata selepas tiba dari Kota Tinggi iaitu lokasi penahanannya.
Dalam gambar oleh Berita Harian Online, suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan berseluar jeans dilihat dalam keadaan takut selepas cubaan dia untuk melarikan diri gagal.
Pihak polis bergerak hampir tiga minggu dalam operasi memburu Ardi selepas dia melarikan diri bersama wang berjumlah RM450,000 daripada bank berkenaan.
Sebelum itu Ardi telah menembak mati Pegawai Operasi Ambank Allahyarham Noarizta Abu Talib di kepala menggunakan senjata jenis pump-gun menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
Penahanan dilakukan Pasukan Ops Cantas dari Bukit Aman
Comments
Post a Comment