Pengurus Restoren Nasi Ganja Ipoh Nafi Guna Najis Manusia

Ketika isu Restoran "Nasi Ganja" di Ipoh diarah tutup 2 minggu kerana premis didapati kotor, ada pula isu lain yang timbul apabila satu status dimuatnaik oleh Cik Ze Aida di dalam Facebook yang mendakwa terdapat najis manusia di dalam peti simpanan makanan yang dipercayai sebagai ilmu hitam.



Kerana tidak berpuas hati akan penyebaran dakwaan tersebut, pemilik Restoran Vanggey di Jalan Yang Kalsom, telah membuat laporan Polis untuk menyiasat dakwaan yang dianggap sebagai fitnah yang akan merugikan perniagaan mereka.

Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, tiada siapa yang tahu. Namun bagi Admin, sebenarnya isu pokok iaitu isu premis kotorlah yang akan membuatkan Restoran "Nasi Ganja" kerugian. Di harap pengusaha-pengusaha restoran lebih sensetif akan isu kebersihan di masa akan datang.

Salinan Report Polis:


PADA 13/11/2013 JAM LEBIH KURANG 5.00 PETANG SEMASA SAYA BERADA DIRESTORAN NASI VANGGEY GREENTOWN IPH TELAH DIBERITAHU OLEH PELANGGAN TERDAPAT MESEJ DALAM FACEBOOK YANG MEMBURUKKAN NAMA RESTORAN NASI VANGGEY. PELANGGAN SAYA TELAH MELAYARI FACEBOOK DAN MENYERBU RESTORAN VANGGEY (NASI GANJA) KERANA TERDAPAT NAJIS MANUSIA DALAM PETI SEJUK MAKAN DAN UNTUK DISALUT DIPERIUK DENGAN TUJUAN ILMU HITAM. TUJUAN BUAT REPORT TIDAK PUASHATI DAN INI AKAN MERUGIKAN PERNIAGAAN SAYA DAN MAHU PIHAK POLIS MENJALANKAN SIASATAN SELANJUTNYA. SEKIAN REPOT SAYA.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi