Pelajar Tingkatan 4 Hina Sejarah Malaysia


Hina Subjek Sejarah   

Enam orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tarat di Serian, Sarawak dikesan menghina dan memperlekehkan buku teks subjek Sejarah Tingkatan 4 dalam satu foto di laman Facebook hari ini. Mereka merakamkan imej berkenaan dengan menunjukkan jari tengah mereka di atas sebuah buku teks bertajuk Sejarah Tingkatan 4 dengan niat menunjukkan perasaan benci mereka ke atas subjek itu.
Jari tengah merupakan simbolik kepada sesuatu yang lucah dan simbol tidak puas hati serta benci. Pelajar berkenaan melalui akaun Facebooknya Lonely Lai melakukan tindakan biadab itu sebagai menunjukkan keengganannya mempelajari subjek itu.


Di sekolah, subjek Sejarah biasanya dianggap sebagai subjek yang membosankan kerana banyak fakta yang perlu diingat tambahan pula mereka terpaksa belajar mengenai sejarah kemerdekaan negara dan juga pembangunan Malaysia.


Pihak SMK Tarat perlu segera menyiasat insiden ini kerana tindakan mereka jelas satu provokasi melampau terhadap sistem pendidikan negara yang selama ini sudah berjaya melahirkan banyak individu berpendidikan dan berguna untuk masyarakat. 



SUMBER

Awie Wings Diisytihar Muflis?
Kerana Siti vs KJ, pengikut berbalah di Twitter
Wanita KL Bakar Diri Sendiri Akibat Tertekan Kena Cerai

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi