Intipan NSA VS Intipan Allah



ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

tadi baru lepas baca berita di Astro Awani yang pakar memberitahu bahawasanya Tiada Apa Yang Boleh Lindungi Kita Daripada Intipan NSA. tetiba hati ni rasa takut sangat. tetiba rasa nak menangis la, tak senang duduk. rasa diperhatikan. nak mandi pun nak senang la senang citer.

then it crossed my mind; bukankah selama ini memang kita hidup dalam keadaan diperhatikan? ALLAH sentiasa memerhatikan kita, 2 malaikat setia mencoret amalan baik dan jahat di kedua-dua bahu kita, syaitan yang sentiasa mencari peluang dan ruang menjerumuskan kita ke neraka. kenapa lepas tahu diintip NSA je muja rasa terancam nyawa? sepatutnya kita dah rasa biasa. ia sudah normal bagi kita. apalah sangat intipan manusia berbanding intipan ALLAH yang Maha Bijaksana.
mula teringat di fikiran, sehebat mana pun NSA tetap tak boleh lawan kehebatan ALLAH yang Maha Kuasa. rasa takut yang mulanya mencengkam terus bertukar kepada rasa bersalah yang bertimpa-timpa. berasa iman di dada senipis kulit bawang yang dihiris-hiris kecil-kecil menjadi debu-debu berterbangan di udara. alangkah hinanya aku sebagai manusia. lebih membesar-besarkan perbuatan manusia berbanding DIA. Ya ALLAH, ampunilah hambaMu ini ya ALLAH :'(

al-Quran sudah mencoretkan segalanya sejak dahulu kala. ancaman demi ancaman tentang neraka. nikmat yang tidak terhitung di syurga. pengajaran-pengajaran daripada kisah mereka yang hidup dahulu di dunia berbanding kita. nenek moyang yang berjasa dan mereka yang ditimpa bencana. kenapa hati ini seakan lebih mempercayai dan meyakini segala jenis tulisan manusia? sedangkan tulisan pada naskhah al-Quran sudah pasti datang daripada ALLAH yang Maha Kuasa. Ya ALLAH, ampunilah hambaMu ini ya ALLAH :'(

apa yang berlaku seakan-akan suatu petanda. seolah-olah suatu ujian untuk kita. untuk kita tahu, kita sedar sendiri yang diri kita ni lebih berasa takut kepada yang mana. yang penting apa yang kita rasa dari dalamnya. bukan sekadar yang diungkap dengan kata-kata. kepada DIA yang kekuasaannya boleh dilihat dan dirasa dimana sahaja atau sekeping berita di internet dan surat khabar yang sekadar mampu dibaca. tak lihat lagi pun sudah percaya. Ya ALLAH, ampunilah hambaMu ini ya ALLAH :'(

kata kita: aku takut pada ALLAH, apa yang kita buat hasil daripada ketakutan itu? menjauhkan atau mendekatkan lagi kita kepada DIA, Tuhan alam semesta? dapatkah terasa gementar di jiwa kerana ketakutan itu terasa? pernahkah ketakutan itu menghasilkan air mata? pernahkan menggeletar lutur menahan rasa takut padaNya yang membuku di jiwa? atau kita hanya sekadar mampu berkata-kata? ya ALLAH, ampunilah hambaMu ini ya Allah. :'(

kenapa aku seakan-akan lebih takut kepada kuasa manusia? kenapa aku seakan-akan menidakkan kekuasaan DIA? kenapa aku boleh buat tidak tahu sahaja kepada amaran-amarannya selama ini dan kenapa dengan sekeping berita pasal NSA tulisan manusia buat aku tak keruan jiwa? ya ALLAH, apakah yang sudah aku lakukan untuk agamaku ISLAM selama aku hidup ini yaa ALLAH :'(

ya ALLAH, tunjukkan aku ke jalan yang benar ya ALLAH. agar aku tak tergelincir, tidak sesat dalam godaan duniawi yang bahaya tiada tara.

ya ALLAH, jauhkan diriku daripada seksaan api neraka yang teramat dahsyat dan masukkan kami ke dalam syurga walaupun kami sememangnya tidak layak untuk berada di dalamnya.

ya ALLAH, tanamkan dalam diriku rasa takut yang hanya kepadaMu, yang tiada bandingannya dengan rasa takut pada yang lainnya.

ya ALLAH, jadikan rasa takut kepadaMu lebih mendekatkan diriku kepadaMu, jangan sekali-kali KAU berasa aku jauh dan menjauh daripadaMu.

ya ALLAH, ampunilah kami, selamatkanlah kami, bantulah kami yaa ALLAH. sesungguhnya hanya padaMU kami berserah, berlindung dan memohon pertolongan ya ALLAH  :'(

PS- mungkin tajuk artikel astroawani tu better written this way: Tiada Yang Boleh Lindungi Kita Daripada Intipan NSA kecuali ALLAH SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi