Hatijah Aam (Ummu Jah) kini bergelar Dato’

Salam kasih sayang,

“ Barang siapa yang merendah diri yakni Tawadhuk maka Allah akan meninggikan darjatnya”. Maksud Hadis

 

Dato' Nimas Ayu Pembayun Hatijah binti Aam D.P.M.P , Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd merangkap Yang Di Pertua YKPPM

YBhg. Dato’ Nimas Ayu Pembayun Hatijah binti Aam D.P.M.P , Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd merangkap Yang Di Pertua YKPPM

Setelah pulang dari JAIS, Bonda (panggilan popular dikalangan GISB) berkata, “..MasyaAllah…terima kasih Tuhan. Kita dapat kawan baru, kawan yang sangat mahukan kita selamat dunia dan akhirat” kata bonda kepada kami. Sebenarnya bonda memang ada sessi muzakarah bulanan bersama JAIS. “…nanti kita harap Tuan Shahzihan dapat gelaran  Dato’ kerana besar jasanya itu, membawa kita kembali kepada fatwa. Mari kita sama-sama doakan ya!…” kata bonda lagi. Tapi hakikat yang berlaku hari ini, bonda yang mendahului mendapat gelaran Dato’. Yang pasti ini bukan Dato’ beli. Menurut khabarnya Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim juga turut hadir menerima penganugerahan di majlis yang sama.

Rentetan dari itu maka berlakulah berbagai-bagai peristiwa di luar dugaan, sungguh ajaib… Bermula dengan pengistiharan taubat dan pelupusan buku. Aku hanya ingat beberapa peristiwa sahaja, yang tidak tertulis di sini minta maaf bebanyak ya… mungkin akan ada blogger lain yang akan menulisnya nanti.

16 Okt 2013 : Majlis Sambutan Hari raya Korban dan Silaturrahim bersama JAIS Sempena GISB Holdings Patuhi Fatwa ,diikuti acara Pelupusan Bahan yang dilarang oleh Fatwa, di Bandar Country Homes, Rawang.

31 Okt 2013 : Majlis Pelancaran Penjenamaan semula YKPPM di Dewan Megaview Banquet Deck ,Menara Kuala Lumpur

7 Nov 2013 (3 Muharram 1435H) : Puan Ibu Hatijah Aam bersama 17 orang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat atas kesalahan melanggar arahan Mufti.

Antara banyak-banyak akhbar yang membuat liputan, Akhbar Berita Harian Singapura telah melaporkan berita yang positif.

Antara banyak-banyak akhbar yang membuat liputan, Akhbar Berita Harian Singapura telah melaporkan berita yang positif.

8 Nov 2013(4 Muharram 1435H): Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al Arqam anjuran Jabatan Agama Islam Selangor, Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.

proses untuk memahamkan saya( mengenai kesalahan) hanya berlaku setelah saya ditahan JAIS dan dipanggil ke pejabat JAIS setiap bulan.

Proses untuk memahamkan saya( mengenai kesalahan) hanya berlaku setelah saya ditahan JAIS dan dipanggil ke pejabat JAIS setiap bulan. YBhg.Dato’Hatijah binti Aam.D.P.M.P

9 Nov 2013(6 Muharram 1435H):  Persembahan Kumpulan Generasi Harapan sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa di Putrajaya di Pentas Utama (PIIACuF2013)

laluan Generasi Harapan sebelum ke pentas Utama "persembahan yang mantap, tak sangka pulak saya" kata kak Zainab wakil pihak penganjur yang menjemput GH

laluan Generasi Harapan sebelum ke pentas Utama “persembahan yang mantap, tak sangka pulak saya” kata kak Zainab wakil pihak penganjur yang menjemput GH

14 Nov 2013(10 Muharam 1435H): Perasmian Pejabat Urusan GISB Holdings Sdn Bhd oleh Dato’ Seri Dr Feardaus Khairuddin , di Pusat Perdagangan Pelangi, Petaling Jaya.

Sejarah melakarkan perkara-perkara, peristiwa-peristiwa yang berlaku selama tempoh 45 tahun, pembangunan jemaah ini diperjuangkan dengan berlandas paksikan mengagungkan Allah yang Maha Esa, melalui segalanya tetapi beliau tetap berdiri utuh dengan izin Allah swt dan didukung oleh seluruh ahli jemaah, oleh tuan-tuan dan puan-puan yang ada pada hari ini, samada yang ada di saf barisan hadapan, mahupun yang menyokong disaf-saf belakang tetapi kekuatan inilah yang akhirnya mendokong perjuangan beliau perjuangkan segalanya.

Sejarah melakarkan perkara-perkara, peristiwa-peristiwa yang berlaku selama tempoh 45 tahun, pembangunan jemaah ini diperjuangkan dengan berlandas paksikan mengagungkan Allah yang Maha Esa, melalui segalanya tetapi beliau tetap berdiri utuh dengan izin Allah swt dan didukung oleh seluruh ahli jemaah, oleh tuan-tuan dan puan-puan yang ada pada hari ini, samada yang ada di saf barisan hadapan, mahupun yang menyokong disaf-saf belakang tetapi kekuatan inilah yang akhirnya mendokong perjuangan beliau perjuangkan segalanya. Petikan ucapan perasmian oleh Dato’ Seri Feardaus Kamaruddin. Duduk di hadapan no.4 dari kanan

21 Nov 2013(17 Muharam 1435H) : Puan Ibu Hatijah Aam di radio Bernama, Radio 24(FM 93.9) Bersama Wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, Dato’ Nadzim Johan

Hidup adalah pergiliran antara susah dan senang. Itu Sunnahtullah yang telah Allah tetapkan. Jadi kami mengambil motivasi, kegagalan, kesusahan, kepayahan itu juga satu keperluan. Dato' Hatijah Aam

Hidup adalah pergiliran antara susah dan senang. Itu Sunnatullah yang telah Allah tetapkan. Jadi kami mengambil motivasi, kegagalan, kesusahan, kepayahan itu juga satu keperluan. Dato’ Hatijah Aam

23 Nov 2013 (19 Muharam 1435H): Penganuagerahan Dato’ Nimas Ayu Pembayun DPMP dari Sultan Palembang kepada Puan Ibu Hatijah binti Aam yang membawa gelaran Dato’ Hatijah Aam.

Kad undangan sampai pada 19Hb November 2013 melalui emel. Oleh kerana kesuntukan masa dan belum dapat izin pihak keselamatan maka penganugerahan tersebut akan dikurniakan dimajlis yang khusus nanti.

Kad undangan sampai pada 19hb November 2013 melalui emel. Oleh kerana kesuntukan masa dan belum dapat izin pihak keselamatan maka penganugerahan tersebut akan dikurniakan dimajlis yang khusus nanti.

Darjah Paduka Mahkota Palembang – (D.P.M.P) – bergelar Dato’

Penerangan :

Darjah ini dianugerahkan kepada golongan bangsawan yang berjaya, kebiasaannya kejayaan dalam NGO, Politik, Sukan, Budaya dan Perniagaannya. Ianya dikelaskan sebagai Darjah dalam keluarga pertama, Darjah ini juga sesuai dianugerahkan kepada Pengerusi Persatuan yang aktif dalam pelbagai kegiatan antara Negara atau pun dalam peringkat Negeri, mereka-mereka yang dikira sesuai oleh baginda atau kaum kerabat Istana juga boleh menerima darjah ini manakala darjah ini tiada had limit dan sesuai digelarkan sebagai Yang Berbahagia (YBhg.)

Gelaran Suami : Dato’

Gelaran Isteri : Datin

Gelaran Perempuan : Dato’

Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :

YBhg. Dato’ Hatijah binti Aam. D.P.M.P., (dan disambung dengan pingat yang diterima)

Berikut adalah contoh Medal  yang diterima : -

bercakap dan berbuatlah, nanti Allah akan menilai juga Rasul dan orang Mukmin. Maksud Al Quran

bercakap dan berbuatlah, nanti Allah akan menilai juga Rasul dan orang Mukmin. Maksud Al Quran

Turut sama diberi penganugerahan Tengku Abdul Rahman, BOD GISB Sumatera kini sudah bergelar Dato' Pangeran Abdurgahman Umar D.P.M.P

Turut sama diberi penganugerahan Tengku Abdul Rahman, BOD GISB Sumatera kini sudah bergelar Dato’ Pangeran Abdurgahman Umar D.P.M.P

Aku difahamkan, penganugerahan ini adalah hasil sumbangan dan kegiatan rangkaian GISB Holdings di Palembang selama ini. Kemuncaknya baru-baru ini ialah satu ekspo Barangan Halal dan Persembahan Kumpulan Generasi Harapan yang dianggap sangat berjaya oleh pihak Istana dalam mengembalikan semangat ekonomi orang Islam di sana. Sultan Palembang sangat berbesar hati dan penganugerahan ini sebagai tanda terima kasih beliau terhadap GISB khususnya terhadap pengerusi Eksekutifnya yang sekarang disebut Dato’ Hatijah Aam. Tabarokallah….tabarokallah….tabarokallah…. Maha Besar Allah…Allahuakbar… tidak putus-putus Bonda melafazkannya ketika mendengar berita tersebut. “Tak pernah terfikir dan bercita-cita pun nak dapat gelaran Dato’.” Kata Bonda lagi.

Inilah hasil taat dan kembali  kepada Fatwa. Hari demi hari makin terbuka laluan untuk  Islam kembali gemilang.

Pepatah Melayu -“Ular menyusur akar takkan hilang bisanya"

Sumber: http://mylah999.wordpress.com

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi