Ustaz Ini Menipu Penderma-Penderma

 Ustaz Penipu, Derma Buat Banglo Sendiri
Ustaz Penipu, Derma Buat Banglo Sendiri. Dia menjaja konon dirinya seorang ustaz yang hidup miskin dan diamanahkan menjaga sebuah banglo dua tingkat di sebuah perkampungan miskin dan terpencil di Phnom Penh, sejak beberapa tahun lalu.

 Namun rahsia ustaz ini yang pernah dan masih menjaja sumbangan di Malaysia terbongkar, apabila sebuah banglo yang dilengkapi pelbagai kemudahan bernilai lebih ratusan ribu itu, didakwa adalah miliknya.

Banglo terletak di tengah-tengah ratusan rumah penduduk Islam daif di Kampung Cham, itu dikatakan digunakan sebagai pusat operasi menagih sumbangan warga Malaysia kononnya bagi membina sekolah agama dan masjid baru di kampung itu.

Ustaz lingkungan 40-an itu dikatakan sering menjaja dirinya mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan berlandaskan Islam di negara itu yang dianggotai tidak sampai lima ahli, bagi menagih sumbangan terutamanya daripada warga Malaysia yang sering menjalankan kerja amal di negara itu.
Ustaz Penipu, Derma Buat Banglo Sendiri

Tambah mengejutkan apabila banglo ustaz terbabit dilengkapi dengan bekalan air bersih selain janakuasa bagi menyalurkan bekalan elektrik walaupun penduduk lain disitu hanya menagih bekalan air hujan untuk keperluan harian.

Majoriti penduduk Islam disana menjalankan kegiatan bertani dan menangkap ikan di sungai Mekong sebagai sumber pendapatan.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi