The Herald Dilarang Guna Kalimah Allah

 
Laungan takbir memenuhi ruang udara Istana Kehakiman, Putrajaya apabila Mahkamah Rayuan memutuskan akhbar mingguan terbitan gereja, Herald dilarang menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian dalam penerbitan edisi Bahasa Melayu.
Ratusan orang yang menunggu seawal jam 7 pagi menyambut berita itu dengan rasa terharu dan bersyukur. Majoriti mereka terdiri daripada orang awam dan anggota pelbagai NGO terutama melibatkan bangsa Melayu dan Islam.
Keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga hakim yang turut terdiri daripada Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Bagaimanapun, pihak gereja masih boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan bercanggah dengan kepentingan umum dalam masa 30 hari.
Ketika rayuan pada 10 September lalu, peguam kerajaan, Suzana Atan telah berhujah menyatakan Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana keputusannya membenarkan penggunaan kalimah Allah telah mewujudkan persengketaan dalam masyarakat.
Contohnya terdapat insiden serangan ke atas beberapa rumah ibadat selepas itu.
Hal ini kerana kalimah Allah boleh mengundang kekeliruan kepada penganut agama Kristian dan Islam kerana kedua-duanya mempunyai tafsiran berbeza mengenainya.
Peguam yang mewakili gereja, Porres Royan pula berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan tidak salah dalam penghakimannya kerana larangan berkenaan adalah satu bentuk pencerobohan kepada kebebasan agama dan kebebasan bersuara.
Royan berkata, pada 1982 terdapat arahan pengecualian di mana kalimah itu boleh digunakan oleh Al-Kitab yang diimport dari Indonesia dan menggunakan dialek Sabah dan Sarawak.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bagaimanapun menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah pihak berkenaan hinggalah diputuskan seecara rasmi, pagi tadi.
Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada ‘Tuhan’ dalam edisi bahasa Melayu sejak 1994 hinggalah permit akhbar berkenaan dibatalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada awal 2009 kerana penggunaan kalimah berkenaan.
Susulan itu, pihak gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.
Keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan pengharaman oleh KDN dan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald. Alasan digunapakai pada masa itu adalah kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh gereja meskipun Islam merupakan agama rasmi negara ini

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi