Mengorbankan Hak Adalah Satu Jihad

 
Basmalah. Alhamdullillah kita dapat meneruskan kuliah online  kita, mudah-mudahan mendapat manfaat yang besar, mendapat ilmu, mendapat kesedaran, dapat membaiki diri, dapat iman, dapat taqwa, dapat perpaduan, dapat kejayaan setelah membaca dan mempraktikkannya.
Di dalam hidup ini, yang paling susah nak dilakukan adalah mengorbankan hak. Kalau nafsu sudah bermaharajalela, kalau nafsu sudah mengatur hidup kita, kalau nafsu sudah menguasai diri kita, bukan sahaja tidak sanggup mengorbankan hak, bahkan hak orang lain pun kita hendak ambil. Kan individualistik! Mementingkan diri! Kalau rasa ini dipertahankan, maka payah hendak menerima kebenaran, payah hendak berkasih sayang, payah bekerjasama, payah hendak taat. Padahal nakkan keredhaan Tuhan, nakkan kasih sayang Tuhan, kenalah sanggup korbankan hak.
Kalau kita tidak sanggup korbankan hak ertinya tidak boleh jadi orang mukmin, tidak boleh jadi orang Tuhan. Takkan dapat keredhaan Tuhan dan kasih sayang Tuhan. Sedangkan hak kita itu banyak. Kadang-kadang hak masa, kadang-kadang hak harta, kadang-kadang hak kesihatan, kadang-kadang hak kerehatan, kadang-kadang hak keselesaan kita. Kalau kita sanggup korbankan itu semua, di situlah kasih sayang Tuhan, di itulah keampunan Tuhan. Hak itu yang hendak dikorbankan, kadang-kadang kepada Tuhan, kadang-kadang kepada manusia; kawan, jiran, anak isteri, pemimpin, dll.
Saya buat beberapa contoh bagaimana untuk mendapat keredhaan dan kasih sayang Tuhan melalui pengorbanan hak;
  1. Kita sedang tidur malam. Itu hak kerehatan kita. Tiba-tiba hak kerehatan kita hendak diberi sedikit kepada Tuhan, kita bangun tahajjud. Kita korban sedikit sekadar 1/2 jam. Sepatutnya kita ada masa 4-5 jam, hendak korban 1/2 jam pun sesetengah ulama pun belum mampu buat. Tidak mampu hendak korbankan 1/2 jam untuk Tuhan yang menjadikan kita, “Ini rehat aku, tak sanggup aku.” Berkira dengan Tuhan.
  2. Hendak bangun subuh. Kita sedang nyenyak tidur, sedang mimpi. Tiba-tiba hendak korban 1/2 jam untuk Tuhan, bangun subuh. Ambil wudhuk, sembahyang, selesai dalam masa kurang 1/2 jam. Kalau orang yang agak beragama korbankan juga, tapi hampir terbit matahari. Lewat! Subuh gajah! Inikah orang mukmin? Inikah orang yang cakap hendak keredhaan Tuhan? Orang yang hendakkan keredhaan Tuhan kena korbankan hak.
  3. Mungkin selepas balik kerja pukul 5.00 petang, masih ada 1 jam untuk rehat. Tiba-tiba orang datang meminta pertolongan mungkin kerana anak sakit. Senangkah nak korbankan itu? Sesetengah orang kalau doktor sekalipun, dia akan kata, “Minta maaf, ini waktu rehat saya, nanti datang malam.” Pertahankan hak. Kita doa untuk mendapat keredhaan Tuhan, berdoa nakkan bantuan Tuhan, tetapi tidak boleh hendak korbankan hak sedikit untuk menolong hamba Tuhan yang susah. Lebih-lebih lagi bila memperkatakan perjuangan yang lebih besar, berhadapan dengan kesusahan, mesti korban masa, korban tenaga, korban fikiran, korban wang ringgit, korban keselesaan, korban kerehatan. Lagi susah kerana dengan itu banyak benda lain terkorban. Sebab itu bagi orang yang sanggup berjuang memperjuangkan kebenaran Tuhan memberitahu, “Setiap orang yang berjuang dengan orang yang beribadah sahaja, darjatnya berbeza seperti langit dengan bumi.” Itu faktor darjat.
  4. Kita sedang bawa kereta. Kalau ikut peraturan, ini hak kita, ini jalan kita, tetapi kita beri orang lain jalan dahulu. Senangkah?Lebih-lebih lagi kita bawa Mercedez, nak beri line untuk kereta lain pun tidak sanggup.
  5. Begitu juga orang yang bermadu, “Malam ini hak aku, jangan bagi.” Ampun maaf malam itu haknya, walaupun dia cuti, tidak sembahyang pun. “Ini aku punya turn.” Padahal kalau orang faham, dia sudah beritahu suaminya, “Macam mana abang, saya beri giliran saya pada kakak/adik.” Terpulang kepada suami. Atau kalau wakti itu suami hendak berjuang, jadi dia fikir, “Aku kalau ikut pun bukan boleh bincang dan beri idea, yang boleh kakak/adik aku, dia boleh membantu suami.”
Hendak korban hak ini yang susah. Kita terlalu individualistik. Sebab nafsu yang mengatur hidup kita. Kita tetap mempertahankan hak, dan hendak hak orang walaupun tidak mendapat keredhaan Tuhan. Hak orang lain kita hendak, hak jemaah kita hendak, hak kepentingan orang kita hendak, hak negara kita hendak, hak negara kita hendak. Herm.., sudah bergabung syaitan dengan nafsu. Bukan senang hendak korbankan hak. Sedangkan menurut ajaran Islam keredhaan dan kasih sayang Tuhan bergantung setakat mana kita boleh korbankan hak demi Tuhan, masa yang kita ada, duit yang kita ada, dikorbankan untuk Allah dan untuk manusia. Kesenangan hidup dan kesihatan badan dikorbankan untuk Allah dan manusia. Tenaga juga dikorbankan untuk Allah dan manusia. Inilah orng mukmin yang sebenar, orang-orang Tuhan.
 
credit to Ustaz Shuib Sulaiman

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi