Lelaki Yang Nampak Tak Berapa Betul Ini Sebenarnya Saintis!
Siapa
pernah melihat atau terserempak dengan lelaki ini? Lelaki yang sering berjubah
ini dikatakan mempunyai ilmu luar biasa terutama dalam bidang
matematik dan fizik.
Kehadirannya di kawasan pasar-pasar mengundang persoalan, siapakah sebenarnya lelaki ini. Bagaimanakah dirinya mempunyai kelebihan yang sangat unik? Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kehebatan lelaki ini dalam menyatakan pendapatnya tentang pesawat angkasa.
Kehadirannya di kawasan pasar-pasar mengundang persoalan, siapakah sebenarnya lelaki ini. Bagaimanakah dirinya mempunyai kelebihan yang sangat unik? Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kehebatan lelaki ini dalam menyatakan pendapatnya tentang pesawat angkasa.
SAYA
hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap ‘tak betul’
yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang
lalu pada bulan Julai 1999.
Semasa
seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan
Angkasa – dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan
ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.
Ceramah
saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar
itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan
Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar
sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500
orang.
Lelaki
ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid
pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan
fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika
berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan
fizik semasa.
Dia
turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya
pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat
ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya – mungkin untuk ceramahnya di
masjid di Shah Alam.
Ceramahnya
kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali
mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya,
dia dianggap sebagai ‘tidak betul’ oleh masyarakat.
Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.
Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.
Ketika
saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu
rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan
sebarang pertanyaan dari ‘orang tak betul’ tu. Saya tanya, kenapa, dan dia
jelaskan bahawa ‘orang tak betul’ itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari
biasa terhadap konsep space travel.
Saya
bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, ‘orang tak betul itu’
percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah
dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum
terbang menegak ke angkasa!
Tapi
pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep ‘orang tak betul’ inilah
menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana
itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane). Jadi saya merumuskan,
‘orang tak betul’ itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat
memahami konsep spaceplane.
Pada
hari ini, ‘orang tak betul’ itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan
masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar
Ipoh.
STS-MC
bercadang untuk memberikan beliau sedikit ‘penghargaan’ bersempena dengan Ulang
Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.
NORUL
RIDZUAN
Institut Kajian Aero Angkasa (STS-MC )
Institut Kajian Aero Angkasa (STS-MC )
Comments
Post a Comment